-->

Wednesday, January 11, 2012

Kenapa orang tak solat bole berjaya jugak ?

                                          Assalamualaikum  !


hye readers :D . Sorry guys . fast entry ! nak kuar jap . ngeeee . . . memang da lame aku cari benda nie tapi baru jumpa tadi . dah lame da benda nie bernanah dalam OTAK aku . HAHA . Baru sekarang dapat jawapan . korang pon mesti macam aku jugak kan kan kan ? jom bace n then baru bole paham . :)





Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya , dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap , tetapi kita lihat , kawan kita yang berjudi , yang minum arak , boleh berjaya pula , sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha . 
Kita tahu bahawa , siapa yang berbuat baik , taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya , tetapi kita lihat , kawan kita ini tidak solat , tetapi bisnesnya menjadi , kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga . Kita juga tahu bahawa , ISLAM ini agama yang benar , tetapi kita sering melihat orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya , dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita . Orang bertanya kepada saya . Kenapa begitu? Sekarang ini , yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar ?

Maka saya hendak bertanya kepada anda .

Adakah anda tahu apa itu istidraj ?

Istidraj ini adalah satu kalimah , yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya , walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat , malah seorang pembuat maksiat yang tegar . Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj ? Apakah maksud istidraj ?
Istidraj adalah , apabila ALLAH memberikan kejayaan , harta kekayaan , rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya .

Biasanya , manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan , juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT .

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak . Kita lihat contoh yang mudah . Qarun . Apakah anda kenal kepada Qarun ? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya . Diriwayatkan bahawa , kotak yang mengisi kunci kepada gedung gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat . Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia .

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran . Hartanya melimpah ruah . Segala perniagaannya menjadi . Segala pelaburannya mengembang . Hartanya makin hari makin bertambah , sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan .
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH , maka Qarun dengan angkuh menjawab ,

“ Tidak , semua ini adalah hasil dari ilmuku ”

Lihat ! Lihat apa kata Qarun . Tidak , semua ini adalah hasil dari ILMUKU . Dia nyata semakin jauh dari ALLAH , walaupun kekayaannya menjadi , rezekinya melimpah ruah dan sebagainya . Dia saban waktu memperlekehkan pengikut pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba .

Apakah pengakhiran Qarun ? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya . Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran .

Nah ! Apakah itu yang kita mahu ? mesti tak la kan .

Sebab itulah, aku  hendak mengajak kau dan kau  berfikir , apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa , melakukan maksiat , kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan . Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian ?

Saya yakin , 99% akan merasa begini , “ Tengok ! aku tak solat pun berjaya . Siapa kata solat tu bawa kejayaan ?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu ? Anda berjaya , tetapi anda semakin jauh dari ALLAH . Itulah istidraj .

Maka jangan gusar bila tidak berjaya . Cuba lagi . Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan . Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik , insyaALLAH , datanglah badai apa sekalipun , anda akan mampu melaluinya .

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman . Terdapat satu lagi kisah .

Terdapat dua orang nelayan . Seorang penyembah berhala , dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH . Ketika menebar jala , yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya , manakala yang muslim membaca bismillah . Bila jala diangka t, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan , manakala yang muslim , hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu .

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH .

“ Ya ALLAH , apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu , KAU berikan dia rezeki yang banyak , sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu , KAU tidak memberikan DIA apa-apa ”
ALLAH menjawab ,

“ Yang menyekutukanKu , tempatnya memang sudah pasti NERAKA . Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya ? Tetapi HambaKu yang beriman itu , AKU hendak mengganjarkanNya syurga , maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya ”

Nah ! jangan kau kecewa bila diuji ,aku pon same gak :D tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study , gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi . Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH . ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi . Bukankah ALLAH SWT ada berfirman ,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu . Anda masih belum gagal dalam kehidupan . Teruskan usaha , selagi nyawa masih ada . InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda . Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita .

Maka sebenarnya , bila hidup kita digegarkan dengan masalah , hendaklah kita rasa bersyukur . Tandanya , ALLAH masih lagi dekat dengan kita . Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita .
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia , di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana . Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak !

Anda tenang sekarang ?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa , dan anda berjaya . Sebab itulah , muhasabah diri itu penting . Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT .

Aku berdosa , tetapi aku berjaya . Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu , atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita .

Mari kita sama-sama duduk , dan bermuhasabah semula .

info : facebook








No comments:

Post a Comment

- Assalamualaikum .
- sila tinggalkan comment anda disini yea . :)
SATU pon jadi ler . HAHA .